Orang melayu memang sinonim dengan adat dan pantang larang yang sering diamalkan sejak turun-temurun. Selalunya kita ikut apa yang diamalkan oleh mak & ayah kita kan. Deorang pun dok ikut dari mak & bapak deorang jugak.
Begitulah juga dengan amalan berpantang selepas bersalin.Yang ni agak pelik sikit jugakla,sebab lain negeri lain cara.Ada negeri tak kasi minum air banyak-banyak masa pantang takut urat kembang. Ada yang tak kasi makan ayam langsung masa pantang takut gatal kat tempat jahit. Ada yang hanya boleh makan ikan kering je masa pantang. Tak boleh duduk dalm bilik aircond, bawah kipas selalu. Masuk angin katanya. LOL. Mengarut betul!
Ni aku share dan ambil daripada FB Prof Dr Imelda Balchin tentang mitos-mitos semasa pantang untuk ibu yang baru lepas bersalin @ gugur.
1. Pakai baju tebal-tebal supaya angin tak masuk
Ini MITOS.
Angin memang tak boleh tembus kulit kita walaupun tak pakai baju, tak kiralah kalau tak mengandung, selepas bersalin, selepas keguguran, orang perempuan atau lelaki. Ikut suka anda lah nak pakai baju tebal atau baju nipis, pilihan anda tidak akan memudaratan kesihatan anda.
2. Ikat tocang rambut keta-ketat
Ini MITOS.
Ikut suka andalah nak ikat tocang rambut ke tidak, nak ikat ketat-ketat ke tidak. Pilihan anda tidak akan memudaratkan kesihatan anda, walaupun anda wanita yang berambut pendek yang tak boleh ikat tocang atau wanita yang tiada rambut.
3. Bertungku seluruh badan setiap hari
Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak bertungku atau tidak. Tiada keperluan untuk kesihatan wanita. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak bertunku pun sihat juga.
4. Urut seluruh badan dengan minyak herba setiap hari
Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak berurut atau tidak. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak berurut pun sihat juga.
5. Mandi herba setiap hari
Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak mandi herba atau tidak. Anda hanya perlu menjaga kebersihan diri. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak mandi herba pun sihat juga. Memang tak wajib buat untuk kesihatan.
6. Elakkan duduk di bawah kipas atau aircond
Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak duduk bawah kipas atau dalam bilik ada aircond. Macam mana laa nak elak, semua hospital pun berikan ibu-ibu keselesaan supaya tidak kepanasan selepas bersalin atau keguguran. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak ikut pantang ini pun sihat juga. Janganlah zalim kepada ibu-ibu kita jika mereka kepanasan.
7. Pakai pilis di dahi
Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak pakai pilis atau tidak. Tiada keperluan untuk kesihatan wanita. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak pakai pilis pun sihat juga.
8. Jangan makan makanan gatal atau berangin
Ini MITOS.
Jika ibu tiada alahan, tak rasa gatal dan tiada masalah penghadaman, tak perlulah paksa ibu berpantang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat.

Apa yang Prof Imelda pesan ni memang betul sungguh. Kalau tak pakai benda-benda alah ni takde jadi apa-apa pun kat kita. Tambahan lagi orang yang susah. Mampu ke nak berurut, beli set berpantang dan sebagainya. Yang penting kita jaga kesihatan dengan amalkan gaya hidup sihat. Sebabnya kesannya bila kita dah tua nanti.