Friday, March 15, 2019

Cara nak tukar nama bil meter syabas (Air Selangor)

Hari ni aku nak share macam mana nak tukar nama pada bil meter air SYABAS (sekarang dikenali sebagai Air Selangor).

Post ni ditujukan untuk korang yang baru beli rumah subsale.So korang memang kena buat sendiri pertukaran nama pemilik bil syabas tu di mana-mana cawangan Syabas yang terdekat dengan rumah masing-masing la.Nak tahu cawangan mana yang terdekat dengan rumah korang, boleh klik link kat bawah ni.


Apa yang korang perlu bawa untuk buat pertukaran nama?
1. Kad pengenalan owner rumah
2. Salinan S&P rumah yang dibeli

Nanti bila sampai kat ofis Syabas tu korang pergila kaunter pertanyaan dan deorang akan bagi satu borang untuk korang isi.


Borang butir diri & alamat rumah

Bila aku dah siap isi borang ni segala bagai.Dalam 4 muka surat kot (ingat-ingat lupa dah),then kena hantar kaunter untuk deorang proses. Masa ni memang kena tunggu lama (sejam jugak la) sebab ramai yang nak buat benda ni. Ada yang individu,syarikat dan jugak buat secara pukal mungkin rumah baru siap (ni aku assume jelah).

Bila turn nama kau dah kena panggil, sekejap je dia nak buat. Key in dalam sistem bagai. So aku kena buat bayaran RM 162.10.
Resit bayaran dari Syabas.


So sampai sini settle dahla hal nak tukar bil meter Syabas korang.Nanti deorang akan datang dalam 3 hari masa bekerja untu pasang meter baru. Macam aku buat hari jumaat,isnin deorang dah pasang meter kt rumah.Bagus service yang tiptop.






13 comments:

  1. Assalammualaikum... yang ic tu owner baru or owner lama

    ReplyDelete
  2. Assalam. Disana untuk buat pembayaran bole bayar guna debit/kredit kad tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...yang ni saya tak pasti.Kebanyakkannya bayar cash.Tapi pembayaran terus melalui online banking ada.

      Delete
  3. Salam. Kalau owner lama belum tutup akaun, boleh ke buat permohonan akaun baharu?

    ReplyDelete
  4. Salam , nak tanya .kalau nak buat pertukaran untuk syarikat , dokumen apa yang diperlukan ye ?

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya mcm mna nak tukar alamat bil air rumah arwah bapa saya..bil api alamat betul bil air almat lain tapi nama arwah bapa saya

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi tahu langkah2 macam mana nak buat pertukaran nama pemilik baru meter air secara online?

    ReplyDelete
  7. Macam nk mohon tukar nama pakai online..aritu pergi..die surh mohon online

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak buat online ya untuk tukar nama

    ReplyDelete
  9. Sekarang musim pkp... Boleh buat online ke... Apa link yang boleh membantu.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saya nak tanya skrng ni saya duduk RPPRT dan bil² atas name bapak saya macam mana saya nak tukar ke nama saya sebab Skrang ni saya adalah ketua isi rumah

    ReplyDelete