Hari ni aku nak share macam mana nak tukar nama pada bil meter air SYABAS (sekarang dikenali sebagai Air Selangor).
Post ni ditujukan untuk korang yang baru beli rumah subsale.So korang memang kena buat sendiri pertukaran nama pemilik bil syabas tu di mana-mana cawangan Syabas yang terdekat dengan rumah masing-masing la.Nak tahu cawangan mana yang terdekat dengan rumah korang, boleh klik link kat bawah ni.
Apa yang korang perlu bawa untuk buat pertukaran nama?
1. Kad pengenalan owner rumah
2. Salinan S&P rumah yang dibeli
Nanti bila sampai kat ofis Syabas tu korang pergila kaunter pertanyaan dan deorang akan bagi satu borang untuk korang isi.
Borang butir diri & alamat rumah
Bila aku dah siap isi borang ni segala bagai.Dalam 4 muka surat kot (ingat-ingat lupa dah),then kena hantar kaunter untuk deorang proses. Masa ni memang kena tunggu lama (sejam jugak la) sebab ramai yang nak buat benda ni. Ada yang individu,syarikat dan jugak buat secara pukal mungkin rumah baru siap (ni aku assume jelah).
Bila turn nama kau dah kena panggil, sekejap je dia nak buat. Key in dalam sistem bagai. So aku kena buat bayaran RM 162.10.
|
Resit bayaran dari Syabas.
So sampai sini settle dahla hal nak tukar bil meter Syabas korang.Nanti deorang akan datang dalam 3 hari masa bekerja untu pasang meter baru. Macam aku buat hari jumaat,isnin deorang dah pasang meter kt rumah.Bagus service yang tiptop.
|