Thursday, April 4, 2019

Mitos-mitos semasa berpantang

 Orang melayu memang sinonim dengan adat dan pantang larang yang sering diamalkan sejak turun-temurun. Selalunya kita ikut apa yang diamalkan oleh mak & ayah kita kan. Deorang pun dok ikut dari mak & bapak deorang jugak.

Begitulah juga dengan amalan berpantang selepas bersalin.Yang ni agak pelik sikit jugakla,sebab lain negeri lain cara.Ada negeri tak kasi minum air banyak-banyak masa pantang takut urat kembang. Ada yang tak kasi makan ayam langsung masa pantang takut gatal kat tempat jahit. Ada yang hanya boleh makan ikan kering je masa pantang. Tak boleh duduk dalm bilik aircond, bawah kipas selalu. Masuk angin katanya. LOL. Mengarut betul!

Ni aku share dan ambil daripada FB Prof Dr Imelda Balchin tentang mitos-mitos semasa pantang untuk ibu yang baru lepas bersalin @ gugur.

1. Pakai baju tebal-tebal supaya angin tak masuk

Ini MITOS. 
Angin memang tak boleh tembus kulit kita walaupun tak pakai baju, tak kiralah kalau tak mengandung, selepas bersalin, selepas keguguran, orang perempuan atau lelaki. Ikut suka anda lah nak pakai baju tebal atau baju nipis, pilihan anda tidak akan memudaratan kesihatan anda.


2. Ikat tocang rambut keta-ketat


Ini MITOS.
Ikut suka andalah nak ikat tocang rambut ke tidak, nak ikat ketat-ketat ke tidak. Pilihan anda tidak akan memudaratkan kesihatan anda, walaupun anda wanita yang berambut pendek yang tak boleh ikat tocang atau wanita yang tiada rambut.


3. Bertungku seluruh badan setiap hari


Ini MITOS.

Ikut sukalah anda nak bertungku atau tidak. Tiada keperluan untuk kesihatan wanita. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak bertunku pun sihat juga.

4. Urut seluruh badan dengan minyak herba setiap hari


Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak berurut atau tidak. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak berurut pun sihat juga.


5. Mandi herba setiap hari


Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak mandi herba atau tidak. Anda hanya perlu menjaga kebersihan diri. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak mandi herba pun sihat juga. Memang tak wajib buat untuk kesihatan.


6. Elakkan duduk di bawah kipas atau aircond


Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak duduk bawah kipas atau dalam bilik ada aircond. Macam mana laa nak elak, semua hospital pun berikan ibu-ibu keselesaan supaya tidak kepanasan selepas bersalin atau keguguran. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak ikut pantang ini pun sihat juga. Janganlah zalim kepada ibu-ibu kita jika mereka kepanasan.


7. Pakai pilis di dahi


Ini MITOS.
Ikut sukalah anda nak pakai pilis atau tidak. Tiada keperluan untuk kesihatan wanita. Berjuta-juta wanita seluruh dunia tidak pakai pilis pun sihat juga.


8. Jangan makan makanan gatal atau berangin


Ini MITOS.
Jika ibu tiada alahan, tak rasa gatal dan tiada masalah penghadaman, tak perlulah paksa ibu berpantang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat.



Apa yang Prof Imelda pesan ni memang betul sungguh. Kalau tak pakai benda-benda alah ni takde jadi apa-apa pun kat kita. Tambahan lagi orang yang susah. Mampu ke nak berurut, beli set berpantang dan sebagainya. Yang penting kita jaga kesihatan dengan amalkan gaya hidup sihat. Sebabnya kesannya bila kita dah tua nanti. 














Wednesday, March 20, 2019

The Plated @ IOI City Mall




Tiga minggu lepas aku ada makan kat satu kedai ni dalam ioi city mall. Ni first time nak cuba makan sini. Biasanya kalau nak cuba-cuba ni memang tak pegila dengan husband & anak-anak. So pegi dengan kawan-kawan.

Kira ni 'me time' aku la.

Ada beberapa menu yang kitorang cuba dan memang sedap-sedap.
Mixed Platter (RM 75.90)

Dalam mixed platter ni ada kambing,ayam,sotong,ikan,hotdog,potato,coslow dan 6 jenis sos yang best.Memang puasla makan yang ni.


Smoked duck peach pizza (RM 19.90)

Pizza ni memang wajib cuba sebab menu paling banyak rating...pun pertama kali makan itik wei! Memang rare... Tapi rasa dia memang ok!
Pinne Bolongnese (RM 15.90)


Panna Cota

Well memang puas hati makan kat sini. Memang kalau aku ni wajib repeat lah jawabnya. Hehehe. Minuman aku tak sempat nak snap. Haha sebab dah kebulor sangat. So korang bolehla cuba kalau yang belum lagi.
OK BAI..



Friday, March 15, 2019

Cara nak tukar nama bil meter syabas (Air Selangor)

Hari ni aku nak share macam mana nak tukar nama pada bil meter air SYABAS (sekarang dikenali sebagai Air Selangor).

Post ni ditujukan untuk korang yang baru beli rumah subsale.So korang memang kena buat sendiri pertukaran nama pemilik bil syabas tu di mana-mana cawangan Syabas yang terdekat dengan rumah masing-masing la.Nak tahu cawangan mana yang terdekat dengan rumah korang, boleh klik link kat bawah ni.


Apa yang korang perlu bawa untuk buat pertukaran nama?
1. Kad pengenalan owner rumah
2. Salinan S&P rumah yang dibeli

Nanti bila sampai kat ofis Syabas tu korang pergila kaunter pertanyaan dan deorang akan bagi satu borang untuk korang isi.


Borang butir diri & alamat rumah

Bila aku dah siap isi borang ni segala bagai.Dalam 4 muka surat kot (ingat-ingat lupa dah),then kena hantar kaunter untuk deorang proses. Masa ni memang kena tunggu lama (sejam jugak la) sebab ramai yang nak buat benda ni. Ada yang individu,syarikat dan jugak buat secara pukal mungkin rumah baru siap (ni aku assume jelah).

Bila turn nama kau dah kena panggil, sekejap je dia nak buat. Key in dalam sistem bagai. So aku kena buat bayaran RM 162.10.
Resit bayaran dari Syabas.


So sampai sini settle dahla hal nak tukar bil meter Syabas korang.Nanti deorang akan datang dalam 3 hari masa bekerja untu pasang meter baru. Macam aku buat hari jumaat,isnin deorang dah pasang meter kt rumah.Bagus service yang tiptop.